Dan tidak lupa juga... sila update segala sumbangan anda terhadap sekolah sepanjang 3 tahun terkini... mesti ada dokumentasi... semuanya akan dinilai... so be prepared... sama lah macam me here... hehehe.... teringin nak apply.... but....banyak sangat butiran yang mesti lengkap... well... kita cuba...
apply.... mana tahu ada rezeki...
Guru Cemerlang
Skop Penilaian
- Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
- Penilaian Borang Permohonan
- Penilaian oleh Panel Temuduga (untuk gred khas C sahaja)
- Ketrampilan Profesional - keupayaan calon mengurus, mengguna dan memanafaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran kepakaran serta prinsippedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis) untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar. Berpengetahuan dalam pendekatan atau strategi pengajaran seperti induktif dan deduktif serta peka terhadap dasar dan isu pendidikan semasa.
- Pengajaran & pembelajaran - Keupayaan menjalankan P & P.
- Pengurusan Kurikulum - penglibatan dalam Panitia serta sumbangan kepakaran di dalam dan luar institusi. Keupayaan mengurus rekod dan maklumat pencapaian pelajar dengan baik untuk diakses bagi tujuan tindakan susulan.
- Peranan dalam aktiviti bukan akademik - Calon memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal pelajar dan tugas-tugas bukan mengajar yang lain.
- Keperibadian - Kepribadian calon diukur berdasarkan cara berpakaian, menepati masa, mesra, sopan, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya.
- Pembangunan diri - Calon sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pembacaan ilmiah, penglibatan dalam majlis profesional seperti forum, seminar dan majlis-majlis ilmu yang lain.
No comments:
Post a Comment