Penyertaan amat menggalakkan. Sebagai pembaharuan... tahun ini setiap peserta dikehendaki memasak telur.
Terlebih dahulu para peserta dikehendaki memasang dan menyediakan solar cooker masing2. Setelah semua peserta sudah bersedia... wakil setiap kumpulan dikehendaki memecahkan telur secara serentak...
Macam2 gelagat boleh dilihat... ada yang tak pernah pecahkan telur sendiri... ada yang kekok nak pecahkan telur... ada telur yang hancur semasa di pecah kan dan ada jugak telur yang berjaya dipecahkan dengan cantik...
Tapi sayangnya... setelah setengah jam pertandingan dimulakan... hujan rintik-rintik mula membasahi bumi Pendang... so... pertandingan terpaksa ditangguhkan kerana ada kumpulan yang tidak menutup bekas masing2 jadi telur telah dimasukki air... tambahan pula langit semakin mendung...
Alhamdulillah... pertandingan telah berjaya dilangsungkan pada hari ini 5 April 2011 dan telah berjalan lancar... matahari terik memancar... ada peserta yang tak tahan panas... ada peserta yang tidak sabar melihat telur masing2 masak... seronok tengok gelagat bebudak nih... hihihi...
Masing2 sebok memanggil-manggil ckgu supaya ckgu melihat hasil kerja mereka... dan akhirnya... ckgu mula pening nak tentukan pemenang... barkat perbincangan para juri akhirnya tercapai juga kata sepakat...
Ada empat kategori yang dipertandingkan:
1. Kategori masak paling cepat
2. Kategori telur masak paling cantik
3. Kategori reka bentuk terbaik
4. Kategori kertas kerja terbaik
Pemenangnya adalah :
1. Kategori masak paling cepat
Tempat pertama : Lucky Star --> OOI HUEY HUEY (5S1), TEY WEN FEI (5S1)
Tempat kedua : Diao -->HAR JUN JIE (5S4), ONG KOK JOE (5S4)
Tempat ketiga : Hawt! Hawt! Hawt! --> OOI YI NING (5S1), ZICKY CHEW (5S1)
Just Do It! |
Black Dahlia Murder |
Solar Chef |
2. Kategori telur masak paling cantik
Tempat pertama : Just Do It --> MOHAMAD BUKHARI ZAINOL (5S1),
NABIL NAUFAL HISHAMUDIN (5S1)
Tempat kedua : Black Dahlia Murder --> MUHAMAD ANWAR YUNUS (5S1),
MUHAMAD ADEEB REEZAN SUKKERI (5S1)
Tempat ketiga : Solar Chef --> ANAS MD NAKIYUDDIN (5S3), MOHD IZAT IBRAHIM (5S2)
Street A |
SHATIM |
3. Kategori reka bentuk terbaik
Tempat pertama : Shatim --> NOOR SHAHIRAH RAJIHAN (5S1),
SITI FATIMAH MAHMUD (5S1)
Tempat kedua : Black Dahlia Murder --> MUHAMAD ANWAR YUNUS (5S1),
MUHAMAD ADEEB REEZAN SUKKERI (5S1)
Tempat ketiga : Street A --> NUR FATIN AMIRA ZULKIFLI (5S2),
NUR DALILA AMANINA ABDULLAH (5S2)
4. Kategori kertas kerja terbaik
Shatim --> NOOR SHAHIRAH RAJIHAN (5S1), SITI FATIMAH MAHMUD (5S1)
Kelemahan:
1. Syarat pertandingan tidak dinyatakan dengan jelas... kelemahan yang sama seperti tahun lepas. Guru dah nyatakan arahan tetapi peserta tidak mematuhi arahan... ada yang mengacau telur... ada yang membuang putih telur semuanya gara2 ingin telur masing2 cepat masak... kalau nak buang putih telur tu... buat apa ckgu cari telur yang sama saiz?... no point lah kan????
2. Para peserta menyediakan solar cooker masing2 secara tidak selaras dari segi masa... ada yang telah siap pasang lebih awal... ada yang lewat... jadi advantage kepada peserta yang telah memasang solar cooker mereka terlebih dahulu... bekas mereka telah tersedia panas berbanding peserta yang lewat walaupun telur dipecahkan secara serentak.
3. Ada peserta yg tidak menutup bekas memasak... jadi telur telah terhidrat... bukannya masak...
4. Ada juga bekas yang terpaksa dibuka berulang kali kerana para juri tidak nampak telur di dalam bekas tersebut samada telah masak ataupun tidak.
Kelebihan:
1. Terdapat lebih ramai guru untuk membantu memantau pertandingan dan bertindak sebagai juri pertandingan.
2. Cahaya matahari yang terik juga membantu melancarkan proses pertandingan.
3. Kerjasama daripada para peserta amatlah baik.
4. Pertandingan berakhir seperti yang diharapkan... objektif tercapai...
Penambah baikkan:
Untuk tahun hadapan...1. Syarat-syarat harus diperketatkan.
2. Pemasangan solar cooker harus dipasang secara serentak.
3. Masa harus ditetapkan samada 1 jam @ 2 jam.
4. Kategori harus ditentuka sedari awal.
5. Asingkan penyertaan mengikut kategori.
4. Bekas tidak boleh dibuka sehingga masa tamat untuk kategori masak paling cantik/elok.
Sekilas peristiwa...
tu diaaaa.... yang belah kiri... sah-sah tak pernah masuk dapur... tak nampak rupa telur dah... yg belah kanan tu okey... cantik jerrr... elok jerrrr... |
Lovely blog post! Yeapy....Got me!
ReplyDeleteYi Ning