..... “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap mensyukuri akan nikmatMu yang engkau kurniakannya kepadaku dan kepada dua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhny...a aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)” (Al-Ahqaf 46:15)

Thursday, September 27, 2012

Solar Cooker 2012



Alhamdulilah....

Berjaya jugak buat pertandingan solar cooker untuk anak-anak students versi 2012.

Tapi pertandingan kali ini tidaklah semeriah yang tahun lepas... nape?... sebab tak banyak group... kerana kali ni I buat untuk kelas I aje... satu kelas jer... kelas 4 Amanah...

Namun demikian... I sangat-sangat puas hati dengan kerjasama yg telah diberikan oleh anak-anak student yang begitu berminat untuk menyertai aktiviti ini... tengs you all... you all memang hebat...

Telur dipecahkan dan bekas ditutup dengan wrapper
Pemenang kategori telur paling cepat masak... 15 minit jerrr dah masak...

Kategori telur masak paling sempurna...

Ada juga 2 group yang tidak berjaya ...

Monday, September 24, 2012

Formula untuk Physics form 6



Senarai formula ringkas untuk menyelesaikan masalah pengiraan :

Physics STPM terminal

Wednesday, September 12, 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM KELANTAN 2012


1. PHYSICS
    a) PHYSICS 1, answer
    b) PHYSICS 2, answer

2. CHEMISTRY
    a) CHEMISTRY 1, answer
    b) CHEMISTRY 2, answer

3. BIOLOGY
    a) BIOLOGY 1, answer
    b) BIOLOGY 2, answer

4. MATHEMATICS T
    a) MATHEMATICS T1, answer
    b) MATHEMATICS T2, answer

5. PENGAJIAN AM
    a) P.A 1, (jawapan bersama kertas soalan)
    b) P.A 2, answer

6. EKONOMI
    a) EKONOMI 1, answer
    b) EKONOMI 2, answer

7. PENGAJIAN PERNIAGAAN
    a) PP 1, answer
    b) PP 2, answer

8. BM
    a) BM 1, answer
    b) BM 2, answer

9. SEJARAH
    a) Sejarah 1, answer
    b) Sejarah 2, answer

10. GEOGRAFI
   a) Geog 1, answer
   b) Geog 2, answer 

11. Sains Sukan
   a) Sains Sukan 1, answer
   b) Sains Sukan 2, answer

12. Seni Visual
   a) Seni Visual 1, answer
   b) Seni Visual 2, answer

Monday, July 23, 2012

Pagi Khamis

Rutin setiap pagi Khamis...

Bacaan Yaasin.

Alhamdulillah... setiap pagi Khamis, semua pelajar dan guru akan membaca Yaasin beramai-ramai di tapak perhimpunan. Semoga setiap pelajar dapat memanafaatkan program ini... Mudah-mudahan dilembutkan hati dan dilapangkan dada untuk menerima ilmu yang di ajarkan...


Recycle Project

Aktiviti yang menarik!

Projek 'recycle'...

SMKMM telah terpilih untuk menyertai pertandingan kitar semula... setiap kelas bertungkus lumus mendapatkan kutipan yang terbanyak. Semasa kutipan pertama... agak kecoh jugak sebab tiada perancangan yang rapi... tambahan pula sambutan yang diberikan agak mengejutkan... satu lori tak cukup!... kena guna 2 lori.... Kelas yang telah berjaya mendapat kutipan yang tertinggi adalah kelas 6 AS dan kelas 3 A.
Mijah & Dayah in action... go girl!

Sunday, April 15, 2012

Tanda-tanda Kematian

” TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI “

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini samaada mereka menyedarinya ataupon tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ASAR, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami GETARAN ATAUPON SEAKAN AKAN MENGGIGIL.

contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar.
Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang ,setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
saja tanpa sembarang manfaat…

semoga Allah merahmati umur kita yang masih ada..

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang
terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah
mati.


” TANDA 40 HARI SEBELUM HARI MATI “

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ASAR, bahagian pusat kita
akan berdenyut-denyut pada ketika ini ,daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat
maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke
atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa..

MasyaALLAH

Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan
jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan
bingung dan linglung seketika…

Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.


“TANDA 7 HARI”

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba
ia berselera untuk makan…


” TANDA 3 HARI “

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu
diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita
nanti….

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang
yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan
jika kita melihatnya dari bahagian sisi…

Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk
ke dalam…(wallahualam pernah berlaku kpada arwah atuk..)

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
sukar ditegakkan.


” TANDA 1 HARI “

Akan berlaku sesudah asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu asar keesokan harinya….


” TANDA AKHIR “

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibagian pusat
dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bagian
Halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita
kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula…

والله اعلم

Ya Allah,sesungguhnya dari ENGKAULAH aku datang dan kepada ENGKAULAH aku kembali.

Sesungguhnya kini ,ajal Maut tidak mengenal Tempat dan Usia.Sudah ramai dari golongan yang muda dipanggil lebih awal menghadap Illahi.

Bertaubatlah kita sebelum terlambat.Berubah perlahan-lahan dan berjihad dengan ilmu mahupun dawah.Semoga Allah Memanggil Kita disaat kita sedang berjuang di atas Jalan Kebenarannya InsyaAllah.

BIBLIOGRAFI:

http://nursyirah.wordpress.com/2008/05/06/tanda-tanda-kematian-untuk-orang-islam/

#Apa yg berlaku adalah dikisahkan oleh sahabat penulis sebelum ajalnya menjemput.Arwah telah menceritakan tanda-tanda yang dilaluinya ini.Arwah berseloroh mengatakan yang tanda2 ini telah pun dirasainya,dan dia berkata "ini tak betul kan,sebab sekarang aku masih hidup".Wallahua'lam ,berberapa hari kemudian arwah meninggal dunia kerana kemalangan.

Jika terdapat apa-apa khilaf dari pendapat para sahabat,semoga Allah menunjukkan kita jalan yang kebenaran.

Allah maha Mengetahui ,semoga ada Hikmah terserlah.
Semua Ilmu adalah milik Allah,dan kelemahan adalah milik Hamba Allah.

Jika terdapat khilaf pendapat ,maka ampunkan penulis atas kelemahannya ini.

Wallahua'lam.


P/S : Semua ini saya copy from facebook seseorang...

Wednesday, March 28, 2012

BeseDay

Selamat Halir Lahir untuk Suami Tersayang...
Nyum-nyum... sedapnya kek Aiskrim...
 Anak-anak kata cam nih... "hmmmm.... pandai Umi beli kek..."
Umi plak... senyum meleret... muahahaha... memang ler wahai anak-anak ku sayang.... Umi hanya akan beli yang sedap jer... sebab nanti... Umi yang kena habiskan... jadi... mestilah Umi beli kek feveret Umi...
The love of my life
My dear all... you means every single thing to me... luv u... muah-muah-muah!

To Papa : ... semoga cinta kasih sayang ini berkekalan hingga ke hujung nyawa... amin...

Iklan

Iklan dalam Mingguan Wanita

Ada kawan-kawan I tanya... produk ni dihasilkan daripada apa?... jangan bimbang... sebenarnya produk ni dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi... mengikut petua orang dulu-dulu. Antara bahan yang terdapat dalam produk ini ialah sengkuang, temulawak dan serbuk mutiara... cubalah...

Sunday, March 25, 2012

my small garden : Mahkota Dewa

Pokok Mahkota Dewa
Hasil kerajinan Che berkebun... buah dah nak masak dah... cara nak makan tak tahu... rasa macam mana pun tak tahu jugak.... yg I tahu... minum air kopi mahkota dewa.... sedap dan membuatkan diri bertenaga.... tapi tak leh minum waktu malam... nanti tak leh nak tido pulak... my sis in law kata... buah ni kalau masak kaler dia merah menyala... nanti kita tunggu dan lihat...

Thursday, March 22, 2012

100 % ! Yeay!

Alhamdulillah

Keputusan SPM tahun nih meningkat... 9 orang dpt straight A dan yang paling menggembirakan ada 21 orang dapat A utk fizik... paling banyak lah setakat nih... seronoknya... dan tahun nih fizik lulus 100%... setelah 2 tahun terlepas percentage itu... senyum jer dari kelmarin. Tahniah utk anak2 didik ku... kalian memang pandai...

Ops... yg tu results kat sekolah lama... results kat sekolah baru tak secantik itu... alamak... banyak kerje lah nampaknya... nak kena naikkan gred bebudak nih... students kat my new school nih agak lemah... so... memang banyak keje nak kena buat... bagi pihak cikgu... cikgu tak de masalah... nak buat kelas tambahan apa semua... tapi... pokok pangkalnya... students tu lah... dia nak @ tidak...

Sangat risau sebenarnya sebab masih ada lagi beberapa pelajar yg tidak serius dlm kelas.... masih main2... tak bersungguh... nak salin nota pun malas.... padahal cikgu dah bagi modul siap.... cuma perlu tulis sikit2 jerrrr.... tu pun malas... Kita as a teacher... biasanya dah boleh agak dah keputusan SPM depa nanti... daripada kelakuan dlm kelas pun dah boleh nampak dah siapa yang akan berjaya dan siapa yang akan menyesal kemudian hari...

Biasanyalah kan.... students yang rajin.... yang bersopan.... yang hormatkan guru.... yang mendengar nasihat guru... yang selalu tolong guru.... yang menjaga hati guru... yang tumpukan perhatian semasa guru mengajar.... yg tidak bercakap semasa guru bercakap... yang tidak banyak songeh... yang suka bertanya... yang tidak bertanya bende2 yang mengarut... yang tidak pandai pun tak pe... asalkan menurut segala nasihat guru.... mendengar kata... insya Allah... students itu lah yang akan berjaya nanti.

Tuesday, March 20, 2012

Cerita 1 : Ziarah

Alhamdulillah....

1. Dapat bawak mak pi melawat Ayah Od kat spital. Masa bawak mak gi tengok ayah Od tu.... keadaan Ayah Od agak membimbangkan... terlalu sakit nampaknya.... doc nak amputate kaki... tapi Ayah Od tak setuju. Kesian tengok keadaan ayah Od masa tu. Sebelum kami gi KL utk ziarah mok cik nah, sempat jugak bawak Che gi melawat Ayah Od... keadaan Ayah Od semakin baik nampaknya... dah boleh bercakap... dah boleh senyum.... berbeza dari keadaan sehari sebelum itu. Alhamdulillah... semakin sihat nampaknya.

2. Dapat bawak mak & mok yoh gi KL - melawat mok cik nah yg baru kehilangan suami tersayang, minta maaf kat mok cik nah sebab tak dapat datang lebih awal. Semoga mok cik nah sentiasa tabah menghadapi hari2 yang mendatang. dan semoga mok cik nah sesabar & sekuat ayah cik yang hebat melawan kanser kolon selama 8 tahun.

3. Lepas balik dari KL... dapat berita yg Ayah Od may be kena potong kaki... masya Allah... bergegas pulak ke hospital... elok2 sampai... operation baru aje selesai... Ayah Od dimasukkan ke ICU utk proses pemulihan. Bila masuk melawat kat ICU... sekali lagi... terkejut... kesiannya tengok keadaan Ayah Od... macam meronta-ronta... may be sebab terlalu sakit... tapi terfikir jugak masa tu... kenapa meronta2?... ubat bius dah habis ke???... yg doc tu pulak dok tanya... "pok cik pok cik... pok cik sakit ko?"... dah orang tu tak sedar macam mana nak bagi tau sakit ke tidak... dah keadaan dok meronta tu... maksudnya sakit lah tu... masa tu nurse sedang sediakan ubat utk disuntik.

       Disebabkan masa melawat dah habis... ku cepat2 keluar utk bg peluang kat suami melihat keadaan Ayah Od. Sama jugak Ayah Od masa tu sedang gelisah dalam keadaan tak sedarkan diri... then suami tanya kat doktor tu... "kenapa jd mcm tu?.... kenapa nampak macam sakit sangat tu?... ubat bius dah habis ke???... nurse tu tanya... "encik ni sapo? anok dia ko?"... hehehe... suamiku just mengiyakan ajerlah... then lepas ditegur barulah cepat2 nurse tu inject kan ubat. After that bila suami keluar... suami ku membawa satu bungkusan... ya Allah... itulah kaki bapa saudaraku... tetiba rasa sayu. Kesian kat Che Awa ngan adik... tak tahu nak uruskan macam mana... kami pon tak tahu jugok... then last2 decide nak bawak kaki tu balik kg.

        Alamak macam mana nih?... anak2 dok kat rumah... hari dah malam... nanti depa takut pulak kalau kami terus balik kg... hmmmm... tak boleh jadi... kena balik rumah dulu... balik amik anak2 and mak sekali... at least ada orang tua... lagipun mak lebih berpengalaman dan memang mak biasa menguruskan jenazah. Dah amik anak2 & mak terus kami balik kg. Sampai kat rumah kat kg... Alhamdulillah... Jemi ada... and Mok yoh pun ada... lega.

        Sebenarnya tok imam pesan just tinggalkan kaki tu kat rumah jiran depan rumah kami jer... then nanti adalah orang yg akan uruskan... huh???... tak sampai hati nak tengok orang lain yang uruskan... nak tinggal2kan macam tu ajer... malam tu... kawasan kubur agak gelap... kami guna lampu kereta utk suluh kan tempat yang nak di gali... hehehe... suamiku hanya meneman jer... aku?... tgk dr jauh... dok kat kereta tepi pagar kubur... tgh uzur masa tu... tetiba terdengar bunyi budak menangis... husih... berdebar jugak.... rerupanya si Amzar yg menangis... dia ingatkaan kami tinggalkan dia kat atas rumah... kakaka... kelakar jugak... seriau bulu roma ... yelah dah lah kat kubur... then dengar bunyi menangis pulak...

        Alhamdulillah... kaki telah selamat disimpan... bersebelahan kubur abe Ha & Ayoh. Thanks kat Jemi yg telah meenggali... andd my suami yang menemankan Jemi dan jugak mok yoh sebagai saksi. Esoknya... pegi menziarah Ayah Od... nampaknya keadaan Ayah Od semakin pulih... masih lagi letih... tetapi nampaknya dah kurang sikit kesakitan yang dialaminya... Di doakan semoga selepas ini ayah Od akan bersemangat untuk menghadapi hari2 yg mendatang... dan jugak semoga che Awa lebih kuat semangatnya utk menjaga Ayah Od... begitu jugak dengan adik Jhan... semoga adik kuat dan sabar utk menjaga abah... mengikut kata doktor... pesakitnya yang paling cepat sembuh adalah dlm masa 2 bulan... selepas 2 bulan dah boleh pakai kaki palsu dah... insya Allah. Sejak bukak sekolah nih... tak sempat lagi nak melawat... kelas sampai petang... mlm pulak ada kelas tusyen... weekend ni lah gi melawat pulak... sekarang ni mak pun demam... tak berapa nak segar... may be sebab bawak dia jalan jauh ke KL ari tu... penat lagi...

       

Wednesday, March 7, 2012

Our Ovary

Assalamualaikum...

Tu diaaa.... lamanya tak jenguk blog nih... dah bersawang-sawang rupanya.
Last 2 days... I ada tengok satu pic kat fb... pic tu my friend yg up load... suka sangat tengok pic tu... terasa sangat betapa Allah itu maha berkuasa dan sememangnya maha pencipta... cuba tengok pic nih... may be you all pernah tengok....

Rupanya macam nih ya ovary kita... yang sedang keluar tu our egg @ ovum lah kan?... kalua dulu masa belajar... terfikir jugak camne doctors dapat kan telur utk bayi tabung uji ... @ ibu tumpang... macam  nih rupanya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ulangtahun kami...

Daisypath Anniversary tickers

Aiman Afiqah Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Afif Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Arina Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiman Amzar Adha Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Anis Aimy Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Pages