Maksud bacaan tu me mula perasan masa pegi buat check up kat Hospital Perdana KB. Masa tu tengah tunggu turn nak amik ubat & buat pembayaran... sebab lambat sangat me decide gi sembahyang dulu... masa kat dalam surau tu lah terbaca maksud doa @ ayat yang sering kita baca semasa duduk antara dua sujud tu...
Rabbighfirli - Tuhan ku,
Warhamni - ampunilah aku,
Wajburni - rahmatilah aku,
Warfa'ni - cukupkanlah aku,
Warzuqni - angkatlah darjat ku,
Wahdini - berilah aku rezeki,
Wa'afini - berilah aku petunjuk,
Wa'fu'anni - afiat kanlah aku dan maafkanlah aku.
Sungguh indah rasanya maksud itu... semoga selepas ini sembahyang ku semakin khusyuk hendaknya.