Maksud bacaan tu me mula perasan masa pegi buat check up kat Hospital Perdana KB. Masa tu tengah tunggu turn nak amik ubat & buat pembayaran... sebab lambat sangat me decide gi sembahyang dulu... masa kat dalam surau tu lah terbaca maksud doa @ ayat yang sering kita baca semasa duduk antara dua sujud tu...
Rabbighfirli - Tuhan ku,
Warhamni - ampunilah aku,
Wajburni - rahmatilah aku,
Warfa'ni - cukupkanlah aku,
Warzuqni - angkatlah darjat ku,
Wahdini - berilah aku rezeki,
Wa'afini - berilah aku petunjuk,
Wa'fu'anni - afiat kanlah aku dan maafkanlah aku.
Sungguh indah rasanya maksud itu... semoga selepas ini sembahyang ku semakin khusyuk hendaknya.
Indah sungguh doa tu, tak disangka bacaan dalam solat kita semua itu doa.
ReplyDelete