..... “Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap mensyukuri akan nikmatMu yang engkau kurniakannya kepadaku dan kepada dua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhny...a aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)” (Al-Ahqaf 46:15)

Tuesday, January 25, 2011

STATIC

Topic            : Statics

Purpose         : To determine the coefficient of static friction between two surfaces

_____________________________________________________________________

Part I: To determine the relationship between the mass of load and the length of spring



(a) Hook one end of the spring on the retort stand and hang the 50 g mass hanger with a 100 g slotted mass at the other end of the spring. Measure the length  l of the spring. Record the mass (the mass hanger and the slotted mass).


(b) Increase the mass m and measure the corresponding length of the spring.


(c) Tabulate m and  l

(d) Plot a graph of against m and  l



Part II: To determine the coefficient of friction between two surfaces



(a) Weigh the mass of the wooden block having a smooth surface. Record down the mass.



(b) Adjusting the retort stand, the angle of inclination for the inclined plane could be changed. An angle of inclination is to be obtained such that the wooden block slide down freely with acceleration. Set up the apparatus as in figure 4. Measure and record the angle of inclination θ.








(c) Displace the wooden block downward and release, so that the wooden block will be pulled to move upward by tension in the spring.


 (d) Repeat step (c) with smaller displacements until a stage that the wooden block stays stationary upon released. Measure and record the length of the spring.


(e) The mass of the wooden block could be increased by adding other wooden blocks on top of the first. Weigh and record the new combined weight m of the block. Repeat steps (c) and (d).

(f) Tabulate m, , and m′ where m′ is the corresponding mass for the length  from the graph against .

(g) Plot a graph of m′ against m.

(h) Calculate the gradient of graph m′ against m and hence determine the coefficient of static friction μ.


Friday, January 21, 2011

Kegilaan Terkini...

Gila?...

Sekarang ni me sedang gilakan satu produk ni... nama produk tu... As Beauty... produk edaran kawan ku Kak Asmaq... from Pendang...

Produk ini memang sesuai dengan kulit me yang semakin dimakan usia... hasil nya begitu memberansangkan... harga nya jugak berpatutan... tak lah terlalu mahal ataupun terlalu murah... disebabkan me dpatkan terus bekalan from the tauke... so me dapatlah discount...

Produk ini asalnya diedarkan secara tangan-ke-tangan... promosi pun cara verbal aje... tapi nampaknya produk ini semakin berkembang... sudah masuk surat khabar... tumpang bangga dengan kejayaan Kak Asmaq...

Macam mana boleh kenal ini produk?... Kak Asmaq tu... my bos dalam Bola Jaring... Pengerusi Teknik Negeri Kedah... but sekarang ni dah letak jawatan dah...

Ingat lagi semasa awal edaran produk ini... bekasnya simple jer... bekas plastik kecik tanpa sebarang label... tapi Kak Asmaq telah memberanikan diri ... melabur dalam projek ini... maka terhasil lah packing yang baru yang cantik setaraf dengan produk kecantikan diluar sana.... tahniah kak!

Walaupun jualan nya masih tidak sehebat produk2 beasr lain yang lain namun me yakin suatu hari nanti produk ini akan berjaya menembusi pasaran Malaysia secara meluas...

Produk ini mengandungi Ling Zhi dan jugak Belerang gunung... langkah pemakaiannya jugak senang... cuma ada day cream, night cream dan pembersih muka... hasilnya dijamin dalam masa 2 minggu sahaja... tiada pengelupasan... but jika selalu terlibat dengan aktiviti di padang kulit wajah mungkin akan menggelupas juga... tak banyak... sikit-sikit jer... itu pun di awal pemakaian produk ini jer... dah lama-lama nanti ok... tak de masalah dah... itu semua adalah me pengalaman sepanjang menggunakan produk ini...

Kalau dulu... me dihantui kes... sunburn sebab selalu kena tengok budak training netball... court kat sekolah pulak tak dak bumbung... so... panasss.... and me wajah selalu sunburn yang teruk... even pakai topi... keasan sunburn tetap kelihatan...

Tapi alhamdulillah sejak guna As Beauty... masalah itu tiada lagi... kulit wajah semakin cerah dan berseri-seri... kawan-kawan juga ramai yang tegur perubahan ku... hehehehe...

Inilah produk kesayangan ku...



Sesiapa yang berminat boleh contact me...


Thursday, January 20, 2011

Taklimat SMM

Satu taklimat pengisian data SMM versi terbaru telah diadakan sepanjang minggu ini.

Taklimat tersebut diadakan mengikut tingkatan.

Pemberi taklimat : Cikgu Roshidi

Peserta : Guru-guru kelas dan penyelia tingkatan

Tujuan SMM : menyediakan data lengkap dan terkini untuk semua pelajar termasuklah data peribadi dan kekgiatan ko-kurikulum



Cikgu Shidee sedang khusyuk menyampaikan taklimat.



Contoh borang yang perlu diisi... kalau bilangan pelajar sikit... sekejap jer dah abis...kesian dekat guru kelas yang bilangan pelajarnya ramai... jenuh jugak nak mengisi borang2 ni...

Wednesday, January 19, 2011

Refraction of light

Aim            : to investigate the relationship between the angle of incidence and the angle of refraction

Inference    : angle of incidence affect the angle of refraction @ angle of refraction depends on angle of incidence

Hypothesis : the angle of refraction increases as the angle if incidence increases

Variables
Manipulated Variable : angle of incidence, i

Responding variable : angle of refraction, r

Constant Variable : refraction index of the glass block

__________________________________________________________________________________

Class : 5 Science 3
No. of students : 33
No. of group :  5

Berikut adalah antara aktiviti sepanjang eksperimen tersebut :D


Pelajar sedang melaraskan kedudukan glass block.



Sinar ditujukan kearah glass block mengikut nilai angle of incidence yang telah ditetapkan.




Pelajar mengukur  angle of refraction mggunakan protractor.




Sepatutnya pelajar ini switch off dulu ray box tu ketika mengukur sudut ... so jimat lah electric.






Kelebihan : guru dapat mengesan kelemahan beberapa orang pelajar yang tidak dapat menyatakan dengan betul cara untuk mendapatkan nilai angle of refraction dan angle of incidence... iaitu... angle tersebut adalah terletak diantara ray @ sinar dan normal line.... bukannya terletak antara ray dan satah @ plane @ permukaan glass block.

Kelemahan : Pelajar terlalu ramai dan alat tidak mencukupi.... bayangkan... jumlah pelajar ada 33 orang... sedangkan set untuk eksperimen hanya ada 5 sahaja... jadi pelajar perlu berkongsi... untuk satu kumpulan ada 6 orang ataupun lebih. Walaubagaimana pun... setiap pelajar dapat mencuba menjalankan eksperimen ini secara hands on.


Refleksi : Ekperimen berjalan lancar dan pelajar dapat menyatakan hubungan antara angle of incidence dan angle of reflection.

Sekian sahaja untuk hari ini....

Esok eksperimen untuk form six pulak....  tunggguuuuuuu....

Monday, January 17, 2011

Penilaian & Kompetensi Guru Cemerlang

Entry kali ditujukan khas kepada sesiapa yang berminat untuk mengisi kekosongan jawatan guru cemerlang untuk semua gred... If you all berminat... segala ciri yang ada kat bawah ni... mestilah di penuhi... jangan lupa berbaik ngan semua orang.... nazir akan interview secara random colleagues yang bertugas bersama kita... if kita mengajar sessi pagi... tidak mustahil pihak nazir akan interview kawan2 yang mengajar sebelah petang....

Dan tidak lupa juga... sila update segala sumbangan anda terhadap sekolah sepanjang 3 tahun terkini... mesti ada dokumentasi... semuanya akan dinilai... so be prepared... sama lah macam me here... hehehe.... teringin nak apply.... but....banyak sangat butiran yang mesti lengkap... well... kita cuba...
apply.... mana tahu ada rezeki...

Guru Cemerlang

Skop Penilaian
  1. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan
  2. Penilaian Borang Permohonan
  3. Penilaian oleh Panel Temuduga (untuk gred khas C sahaja)
Kompetensi yang di nilai
  1. Ketrampilan Profesional - keupayaan calon mengurus, mengguna dan memanafaat pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pengkhususan atau mata pelajaran kepakaran serta prinsippedagogi (behaviouris, kognitif, sosial dan humanis) untuk meningkatkan kualiti pencapaian pelajar. Berpengetahuan dalam pendekatan atau strategi pengajaran seperti induktif dan deduktif serta peka terhadap dasar dan isu pendidikan semasa.
  2. Pengajaran & pembelajaran - Keupayaan menjalankan P & P.
  3. Pengurusan Kurikulum - penglibatan dalam Panitia serta sumbangan kepakaran di dalam dan luar institusi. Keupayaan mengurus rekod dan maklumat pencapaian pelajar dengan baik untuk diakses bagi tujuan tindakan susulan.
  4. Peranan dalam aktiviti bukan akademik - Calon memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran serta melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, hal ehwal pelajar dan tugas-tugas bukan mengajar yang lain.
  5. Keperibadian - Kepribadian calon diukur berdasarkan cara berpakaian, menepati masa, mesra, sopan, bertanggungjawab, berkeyakinan diri, amanah, kemahiran komunikasi yang baik dan sebagainya.
  6. Pembangunan diri - Calon sentiasa berusaha meningkatkan tahap profesionalisme melalui pembacaan ilmiah, penglibatan dalam majlis profesional seperti forum, seminar dan majlis-majlis ilmu yang lain.

Friday, January 14, 2011

Serabut!

Haish...
Semakin diedit semakin serabut nampaknya... masih belum jumpa template idaman hati... ada yg berkenan kat background... tapi templatenya kurang menarik... berkenan kat template... background pulak tak best!...

Hish... nampaknya kena menggodek banyak2 lagi nih... huwaaaa.... padahalnya kerje bertimbun... tapi gak nok wak kijo pun tok leh jugok... dok teringat kat bloggy ku yang dah lama terabai nih...
 jom kita menggodek blog!

Sunday, January 2, 2011

At last!

Fuhhhh....

Akhirnya... habis jugak packing barang... rumah @ G5 MRSM Pendang dah kosong... setelah 3 trip lori kecik and ber-trip2 ulang alik punggah barang ngan kereta... habis masa dekat 3 minggu jugak dari packing and punggah barang.... banyak ke barang nya?... rasa cam tak dak barang... but... 2 bilik dah penuh ngan barang yg masih belum unpack!... perabut pun rasanya tak beli sangat... ada satu almari buku, kabinet dapur yg mudah alih tu... set bilik tidur pun satu jer... tilam ada 2 queen and 2 single... bantal2 banyaklah... and tak lupa the TOTOs...


Eh banyak jugak barang rupanya... set ruang tamu pon tinggal kerusi double and single jer... yg tempat duduk 3 tu dah selamat dah... selamat dibuang sebab dah teruk sangat... abis tuuuu... apa yg banyak sangat?... sampai bertrip2?... hmmmm.... maklumlah harta kain baju selama 10 tahun yg tak pernah dibuang and diberi kat orang... semua nak simpan... sayang...

Semalam... aku telah berjaya menyelamatkan koleksi SAJI... mula2 tu  dah buang kat tong sampah dah... tapi ... tak leh aaahhhh... teringat... sayang kat SAJI... penat wehhh kumpul avery month... tak kan nak buang cam tu jerrrr????..... lain kali lah buang.... I sayang my majalah... mu Anjung Seri and Dapur pun nyaris2 lagi dibuang... but nasib baik tangan ini penyayang... so terselamatlah ....

So... today is our last day @ MRSM Pendang... ntah bila lah nak datang lagi ke sini... sayang pulak nak tinggal kan G5 yang berhantu itu... hehehehe... sebenarnya rumah tu 'ngusik'... jadi tempat persinggahan Bunian... tak tahu lah betul ke tidaknya... menurut Ustaz yg ditugaskan membersihkan kawasan maktab... dia kata kat rumah kami memang ada... depa singgah... ala2 jadi cam hotel gitu... yang singgah tu... jenis yg tak kacau orang... menurut Ustaz... petua nih... kalu ada bilik yg kita tak gunakan... jangan letakkan tilam + bantal siap bercadar... sebab nanti akan ada yg menyinggah tidur kat situ.... kalau ada tilam + bantal yg tak digunakan.. tilam mesti ditelangkupkan @ pun sandarkan ke dinding... makhluk yg singgah kat rumah kami tu... Ustaz tu nampak dok atas almari... berbulu2 hitam... macam monyet @ beruk ... katanya lah... Ustaza tu gifted... boleh nampak bende2 halus... nasib baik mata kami tak leh nampak bende2 halus ....

Teringat plak... dulu.... setiap kali jam 12.00 mlm @ 12.30 mlm... tiang tangga rumah mesti berbunyi... bunyi seperti diketuk ngan besi... padahal tak de orang pun kat tingkat atas... bila anak2 tanya... bunyi apa tu Mi?... "alah... bunyi anak jiran sebelah ketuk tangga..."... padahal nya takde sapa yang ketuk punnnn... kadang2 tu seram jugak... tapi bila tangga tak bunyi kami pulak yang heran?... pasai apa malam ni tak bunyi?...bunyi orang bukak tutup pintu tu biasalah... tapi kami anggapkan orang sebalah rumah yg dok bukak katup pintu... but... kalu pikir2 balik... boleh ke dengar bunyi orang sebelah bukak katup pintu?....hiiiii....

Hoh... sekian sahaja cerita misteri from G5... agak2 ada tak orang lain yg berani dok kat rumah tu kalau diorang tahu cerita ni?.... hehehehe...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ulangtahun kami...

Daisypath Anniversary tickers

Aiman Afiqah Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Afif Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Arina Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Aiman Amzar Adha Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers

Aiman Anis Aimy Ashar

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Pages